Powered By Blogger

Saturday, January 01, 2011

say hye to "2011", Farewell "2010"...

Berakhir sudah tahun 2010, kini tahun baru sekali lagi menjelma pada setiap tahun..satu lagi angka telah di tambah dan menjadikan ia "2011" berbanding dengan tahun "2010" sebelum ini..
bila sebut pasal tahun baru, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita semua adalah "AZAM BARU"..

ia nya sudah sinonim dgn tahun baru..bila adanya tahun baru, kita semua mula memikirkan dan memasang azam baru.. berbagai-bagai azam yang telah di buat.. walau sebesar mana ataupun sekecil zarah sekali pun azam anda, ia tetap azam dan sama-sama berazam untuk menunaikannya.. mungkin azam baru ni, kita boleh berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum nye..mungkin!!

Apa yang pasti kenangan suka duka 2010 biarlah tersemat di minda dan jiwa kita.. lupakan apa yang telah terjadi..kita harus bangkit untuk mengubah sesuatu yang baru.. perlu bersikap innovative!! yeay!! bak kata pepatah melayu "buang yang keruh, ambil yg jernih" biar teguh peribadi!!! eceh!!! hehe..

Pada aku, tahun baru yg menjelma ni adalah satu lembaran baru dalam kalendar dan juga buku yg aku sendiri tahu bagaimana untuk mencorakkannya supaya nampak lebih berisi dan bervariasi.. itu tak bermakna aku akan buang buku lama..buku lama tetap dalam simpanan di mana aku jadikan panduan untuk melalui hari2 yang semakin mencabar dan penuh berliku.. biarlah kesalahan yang pernah aku buat pada tahun2 lepas dapat ak perbaiki dan cuba elakkan supaya tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali.. hope so.. "INSYALLAH!!"


Seperti orang lain, aku juga ada menanamkan azam baru.. mudah-mudahan tahun ini memberi kenangan manis yg sukar untuk aku lupakan.. biarlah sejarah dan kenangan 2010 menjadi gengaman dan terpahat di sanubari aku untuk selamanya..wahh jiwang pulak kan..hehe.. Tambahan pulak, usia aku akan meningkat lagi menjadikan umur aku genap 23 tahun pada 22 april nanti..sekejap je ak rase ak da membesar, da dewasa..rasanya baru semalam ak di lahirkan, blaja berjalan, blaja suap mknn kt mulut, blaja sebut mak, abah dan blaja ttg erti kehidupan..alih2 arini aku da pown di alam dewasa.. tp xcam dewasa pown..haha..


Tahun ni juga bakal menjadi kenangan yang terindah dan cukup bermakna dlm idup aku..kenapa? sebabnye.. insyaallah kalau di panjangkan umur, di beri kesihatan yang baik, aku bakal tamatkan pengajian dan bakal mengenggam segulung ijazah.. amin!!! harap-harap semua impian aku bakal jadi kenyataan.. semua orang inginkan kejayaan dalam hidup mereka kan..aku juga!! kejayaan adalah satu platform untuk aku menjadi orang yg berjaya.. tapi bila dah berjaya aku kene kawal diri aku supaya xlupa diri dan tidak terlalu bangga dengan kejayaan yang di kecapi.. kejayaan di dunia mungkin aku berjaya, kejayaan di akhirat?. tepuk dada tanya selera..
so, biarlah azam baru ni aku rahsiakan dari pengetahuan umum..wah mcm artis pulak.. PERASANN!! hehe...

Semoga kehadiran tahun baru membuat kita lebih banyak berfikir apa yang terbaik dalam idup kita..semoga azam kita tercapai sebelum mengantikannya dengan yang baru.. selagi azam yang lepas xtercapai, selagi itu, kita akan pastikan ia nya tercapai sebelum merancang azam yang lain pula..ibarat baju.. selagi baju yang kita pakai masih elok, molek, pakai la ia sehingga ianya masih tahan sebelum membeli yang baru.. (wah ckp pandai tp aku pown selalu berganti ja..aisey!!)haha...

conclusion: HNY Guyz!! WELCOME 2011..